Untuk membantu kita menyelesaikan masalah, berikut adalah 4 langkah sebagai panduan asas dalam proses penyelesaian masalah. Mulakan langkah pertama hingga ke langkah seterusnya. 4 langkah itu dimulakan dengan…
1. Fahami masalah, usah dicari apa puncanya.Elak untuk berasa sugul atau menganggap kita seorang yang malang. Tak ada masalah yang kekal. Masalah muncul untuk mematangkan, mendewasakan lantas menjadikan kita semakin bijak.Fahami masalah dalam dan luar. Elak mencari puncanya kerana perbuatan sebegitu hanya akan menurunkan motivasi . Makin kita cari puncanya masalah tu, makin kita kurang bersemangat nak menyelesaikannya.Masalah ni macam kita gali lubang. Makin kita cari punca masalah, samalah macam makin dalam makin dalam kita gali lubang tu. Akhirnya kita akan gali dalam betul sampai dah tak nampak jalan keluar dan bingung nak keluar dengan cara macam mana.
2. Tanya diri macamana nak selesaikan masalah itu.Tanya diri sendiri cara apa yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah. Tanya dan terus tanya. Cara ini bagus untuk membuat minda separa sedar kita terfokus pada penyelesaian masalah lalu ia akan menarik penyelesaian-penyelesaian masalah, bukan berbagai lagi masalah yang membebankan masalah sedia ada. Apa yang banyak kita fikirkan, itulah yang akan muncul dalam hidup kita.
3. Tuliskan penyelesaian-penyelesaian masalah sebanyak mungkin.Masalah akan lebih cepat diselesaikan apabila kita menulis penyelesaian-penyelesaian yang difikirkan tadi. Kita akan rugi besar jika hanya memikir penyelesaian tapi gagal menulis setiap satu penyelesaian yang muncul di fikiran.Apabila menulis penyelesaian tu, kita akan lebih senang melakar strategi dan akan nampak jalan penyelesaian masalah itu. Kemudian, muncul keyakinan yang masalah itu boleh diselesaikan.
4. Bertindak, tulis untuk rekodkan perkembangan prestasi.Curahkan lebih banyak masa kepada melaksanakan tindakan. Payah atau susah macam manapun, fokuskan untuk bertindak.Hanya tindakan berterusan yang akan menyelesaikan masalah. Tindakan yang dibuat perlulah konsisten , tuliskan perkembangan usaha kita itu.Selepas beberapa ketika, baca balik apa yang dah tulis. Kita akan nampak masalah itu semakin sampai ke penghujungnya, lantas membuatkan kita makin bersemangat untuk menyelesaikannya.
Dipetik dari laman web ppd kota tinggi.